Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
47) SISA LOJI AIR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah langkah yang sepatutnya di ambil untuk mengelakkan sisa-sisa lumpur ini supaya tidak mencemar sungai dan parit?
Loji-Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 1, 2 dan 3 menggunakan Sistem Lagun bagi proses rawatan sisa air.
Bagi Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 2 (SSP2), pihak Air Selangor telah mengambil langkah dan tindakan perlu bagi mengelakkan sisa-sisa lumpur daripada mencemar sungai dan parit seperti berikut :
- Menjalankan kerja-kerja pengorekkan lumpur (“desilting works”) di kawasan lagun dan melupuskannya ke Tapak Pelupusan Khas Bukit Badong bagi mengelakkan limpahan lumpur ke sungai dan parit berdekatan. Kerja-kerja “desilting” tersebut dilaksanakan secara
- Melaksanakan pensampelan kualiti efluen yang dilepaskan serta dilaporkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar melalui “Online Effluent Reporting” secara mingguan berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekitar
- Air Selangor juga telah merancang dan memperuntukkan bajet CAPEX 2019 bagi Rekabentuk & CAPEX 2020 untuk pembinaan Sistem Rawatan Enapcemar Mekanikal (“Sludge Treatment Facility, STF”) bagi menggantikan sistem konvensional yang menggunakan sistem lagun untuk proses rawatan sisa air. Sistem Rawatan Enapcemar Mekanikal ini merupakan sistem aliran efluen sifar (“zero discharge”)