Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
9) SINERGI DALAM OPERASI AIR SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah aduan kes bil air
yang tinggi disebabkan kebocoran di
meter?Meter bocor biasanya tidak dikaitkan dengan bil air tinggi kerana apabila berlakunya kebocoran pada badan meter, ia akan menyumbang kepada tiada pergerakan meter. Namun, sekiranya terdapat kes bil air yang tinggi disebabkan kebocoran pada badan meter, peratusannya adalah sangat rendah.
Sebanyak 46,114 aduan bil tinggi telah direkodkan sepanjang tahun 2022. Punca utama bil air tinggi mengikut peratusan berdasarkan bilangan aduan tersebut adalah:
- Penggunaan air yang tinggi pada kadar 44%.
- Sistem perpaipan dalaman disyaki bocor pada kadar 16%.
- Bacaan anggaran disebabkan halangan di tapak dan kesilapan bacaan pada kadar 12%.
-
Adakah aduan-aduan tersebut membantu Air Selangor meningkatkan perkhidmatan sehingga pengguna menikmati khidmat air yang cemerlang?
Setiap aduan yang diterima akan direkodkan dan diambil tindakan segera mengikut Service Level Agreement (SLA)/Piagam Pelanggan Air Selangor. Air Selangor mengambil serius setiap aduan pelanggan yang telah dihantarkan bagi memberikan pengalaman terbaik pelanggan. Selain itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sebagai usaha berterusan bagi menambah baik mutu perkhidmatan.
Jawapan tambahan: Provide example of aduan yang menyebabkan service improvement