Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

8) SILIBUS MAJLIS ILMU MASJID DAN SURAU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hala tuju majlis-majlis ilmu dalam membentuk fikrah dan sahsiah umat Islam seluruh Selangor?

    Hala tuju majlis-majlis ilmu dalam membentuk fikrah dan sahsiah umat Islam seluruh Selangor yang berlangsung di masjid-masjid dan surau-surau ialah:

     

    Dapat menghilangkan kejahilan umat Islam dan seterusnya dapat membangunkan umat Islam dari kelesuan dan kelalaian;

     

    • Dapat meneguhkan jati diri umat Islam daripada terjebak kepada maksiat dan tersalah akidah kepada jati diri yang ampuh, kuat dan memiliki akidah yang mantap;

     

    • Dapat memupuk sahsiah dan akhlak Islam yang mapan;

     

    • Dapat membina fikrah Islam secara jelas seperti memahami Islam secara

    syumul dan relevan mengikut zaman;

     

    • Mengguna pakai kitab-kitab yang sesuai kepada pembinaan fikrah seperti “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” oleh Fathi Yakan dan kitab-kitab Sirah, Tafsir dan Fiqh Siasah as Syar’iyyah.
  2. Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan silibus majlis ilmu ke arah cita-cita Selangor sebagai Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur?

     

    Rancangan kerajaan untuk membangunkan silibus majlis ilmu ke arah cita-cita Selangor sebagai Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafur ialah:

     

    Penambahbaikan silibus yang sesuai kepada guru-guru bertauliah dan guru takmir;

     

    Melantik guru-guru baru yang sesuai dan mampu mengupas konsep

    Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafur;

     

    Menyarankan jadual pengajian kitab-kitab Sirah, Tafsir, kitab-kitab Siasah as Syar’iyyah seperti Fiqh Daulah, kitab-kitab muamalah Islam dan lain- lain ke arah pemahaman konsep;

     

    Menganjurkan seminar, simposium, forum dan khutbah Jumaat yang mendedahkan konsep Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafur;

     

    Mengadakan wacana, forum, tazkirah Ramadhan di padang-padang awam seperti berlaku di Dataran Shah Alam, di PADAT setiap Sabtu, di Tapak Pasar Tani Shah Alam setiap Ahad dan di masjid-masjid terpilih bergilir mengikut daerah-daerah.

     

    Mengadakan kerjasama dengan NGO-NGO Islam, PBT dan JKKK dalam pelaksanaan dakwah dan program ilmu fokus golongan sasar seperti pelaksanaan forum santai di Pantai Morib atau padang-padang awam yang lain fokus kepada muda

     

    Kursus-kursus kepada anak-anak remaja musim cuti sekolah penekanan ilmu, amal, iman, rekreasi, game dan lain-lain di lebih 36 masjid-masjid terpilih di

  3. Apakah tiga bidang paling popular dalam majlis-majlis ilmu seluruh Selangor?

    Di antara penghayatan bidang ilmu yang paling diminati dan popular diajarkan di masjid dan surau ialah:

     

    • Fiqh

     

    • Tasauf dan

     

    • Tauhid (akidah Islam).

Lampiran

Tiada Lampiran.