Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

125) SILAT MELAYU

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam usaha memperkasa warisan silat kepada generasi muda bermula di bangku sekolah?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri sememangnya memberi perhatian kepada pembangunan seni silat sebagai satu seni mempertahankan diri yang juga salah satu daripada warisan bangsa yang harus dipelihara.

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor sedang merancang untuk melaksanakan program latihan dan kelas silat di gelanggang-gelanggang yang akan dikenal pasti di kampung-kampung tradisi negeri Selangor melalui pemberian subsidi yuran pembelajaran seni silat melayu kepada anak-anak muda di luar bandar.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri terlebih dahulu perlu mengenal pasti mekanisme pelaksanaan yang terbaik bagi pelaksanaan program ini memandangkan pelaksanaan program seumpama ini adalah selektif dan memerlukan peruntukan yang besar jika hendak dilaksanakan secara menyeluruh di negeri Selangor. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri bersedia untuk menerima mana-mana cadangan yang terbaik untuk dilaksanakan bagi tujuan tersebut.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah pun memainkan peranan yang sewajarnya secara langsung dan tidak langsung di dalam usaha memperkasakan warisan silat kepada generasi muda bermula di bangku sekolah melalui program-program yang telah dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak dari semasa ke semasa.

    Antaranya, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah melaksanakan beberapa program khusus berkaitan silat bagi tujuan pengembangan dan pemugaran. Seperti yang kita semua sedia maklum, selain daripada salah satu warisan, seni silat dalam masa yang sama juga merupakan salah satu cabang dalam bidang sukan.

    Justeru, Kerajaan Negeri melalui PADAT turut bekerjasama dan memberi sokongan kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan serta agensi dan badan bukan kerajaan yang berkaitan terutamanya dalam penganjuran program-program silat untuk generasi muda bagi tujuan mempertingkatkan minat dan kesedaran.

    Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti Perhimpunan Perguruan Silat Selangor Pada Tahun 2019 dan Selangor Martial Arts Xtiv (Active) Virtual pada tahun 2021, program Junjungan Kasih Melestarikan Budaya Warisan pada tahun 2021 dan Santai Alam Melayu pada tahun 2022.

    Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti telah mendapat sokongan dan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri melalui persatuan-persatuan seni silat yang berdaftar sama ada di peringkat institusi pengajian hinggalah kebangsaan bagi tujuan pembangunan seni silat ini seperti kursus kejurulatihan, kelas pembelajaran dan pembelian aset-aset seperti gendang dan serunai.

    Persatuan-persatuan seni silat ini boleh memajukan cadangan atau permohonan peruntukan untuk dipertimbangkan tetapi tertakluk kepada kemampuan kewangan dan komitmen perbelanjaan sedia ada. Bukan sekadar silat, Kerajaan Negeri juga mengambil perhatian kebajikan seni mempertahankan diri lain di mana yang pernah turut mendapat manfaat adalah seni mempertahankan diri seperti silambam dan sukan tarian singa.

  2. Apakah peluang yang ada kepada persatuan-persatuan silat berdaftar di Selangor untuk mengembangkan peranan mereka?

Lampiran

Tiada Lampiran.