Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

362) SIJIL HALAL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sijil halal yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor terkini?

    Memandangkan sijil halal mempunyai tarikh luput 1-3 tahun bergantung kepada skim , sehingga 31 Disember 2024 jumlah sijil halal aktif  di Negeri Selangor adalah sebanyak 7,520.

  2. Nyatakan statistik restoran dan premis perniagaan makanan serta premis memproses makanan di negeri Selangor terkini.

    Statistik restoran dan premis perniagaan makanan serta premis memproses makanan di negeri Selangor seperti berikut:

     

    Bil. Jenis Premis Jumlah
    1. Restoran / premis perniagaan makanan 235
    2. Premis memproses makanan 2937

    Sumber: Bahagian Pengurusan Halal, JAIS

  3. Nyatakan statistik premis dan syarikat yang telah diambil tindakan disebabkan tidak mempamirkan status halal tanpa sijil yang sah.

    Terdapat beberapa bentuk kesalahan di bawah bidang kuasa JAIS dan boleh diambil tindakan oleh pihak JAIS berkaitan mempamerkan status halal tanpa sijil halal yang sah, antaranya ialah berasaskan:

     

    • Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 yang memperuntukkan kesalahan membuat apa-apa bentuk representasi halal, dan

     

    • Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang memperuntukkan kesalahan berkaitan menandakan logo halal tanpa kebenaran pihak JAIS.

     

    Merujuk kepada statistik dari Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Pengurusan Halal JAIS dari tahun 2020 hingga 2024, tindakan yang telah diambil berdasarkan 2 peruntukan tersebut adalah seperti berikut:

     

     Kategori Kesalahan Tahun
    2020 2021 2022 2023 2024
    Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011   29  35  26  56  41
    Perintah                               Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011  45  36  54  87  103
    Jumlah 74 71 80 143 144

Lampiran

Tiada Lampiran.