Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

104) SIJIL HALAL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik hotel dan restoran yang memperoleh sijil halal di Selangor?

    Sebanyak 24 hotel telah mendapat kelulusan penuh bagi dapur tertentu di hotel masing – masing melalui JAIS, JAKIM dan HDC. Bagi restoran, pihak JAIS telah memberikan 3 kelulusan permohonan dan dipihak JAKIM pula 39 kelulusan telah dikeluarkan kepada kategori ini.

  2. Adakah pihak berwajib negeri mampu memproses dengan cepat dan tepat permohonan sijil halal produk makanan, kosmetik dan farmaseutikal?

    Bagi permohonan yang lengkap dan tidak ada masalah, tempoh masa proses permohonan telah berjaya dipendekkan daripada 3 bulan kepada 2 bulan pada tahun 2010.

  3. Apakah langkah untuk meningkatkan kesedaran pengusaha dan pengguna?

    Langkah – langkah berikut sedang dan telah dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan lain

    1. Membuat publisiti tindakan penguatkuasaan halal melalui media
    2. Membuat pameran dan penerangan berkaitan halal di tapak ekspo / karnival / pesta
    3. Memberikan ceramah kesedaran kepada orang awam dan pengusaha
    4. Menganjurkan seminar / ceramah kesedaran kepada orang awam dan pengusaha
    5. Membuat penerbitan – penerbitan berkaitan halal
    6. Membuat khutbah Jumaat berkaitan isu halal

     

Lampiran

Tiada Lampiran.