Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

115) SIFAR SAMPAH INDUSTRI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan program sifar sampah industri seperti negara membangun yang lain?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil perhatian berhubung keperluan yang mendesak dalam hala tuju pengurusan sisa bagi menangani kuantiti sisa yang semakin meningkat di Negeri Selangor. Kini, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan kajian berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang bertujuan untuk menyemak antaranya mengenai perundangan berkaitan, institusi kawal selia sedia ada, kedudukan kewangan PBT dan keadaan sedia ada pengurusan sisa pepejal.

    Hasil kajian ini akan membantu Kerajaan Negeri untuk membangunkan satu pelan induk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor bagi tempoh daripada tahun 2023 hingga 2032 dan seterusnya menjadi panduan kepada pengurusan sisa pepejal oleh Kerajaan Negeri dan PBT.

    Buat masa ini, terdapat beberapa pengusaha yang telah pun mengambil inistaif sendiri menghasilkan produk sifar sampah. Kerajaan Negeri komited untuk membuat libat urus bersama pengusaha-pengusaha dan pihak berkepentingan yang lain, seterusnya memberi fokus untuk mengurangkan jumlah sampah di Selangor, sama ada sampah industri atau pun domestik.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.