Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

245) SHAH ALAM ROYALE THEATRE (SART)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini SART?

    1. Melalui cabutan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertarikh 23 Julai 2014 kertas EXCO-MTES No.6/22/2014 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 29/2014 pada 6 Ogos 2014, pengurusan Shah Alam Royale Theatre (SART) dipersetujui untuk diserahkan kepada Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Pihak UPEN telah diminta menyediakan satu kertas cadangan berhubung pengambilalihan Bangunan Teater Shah Alam berserta kos pengurusan dan pentadbiran jika diserahkan kepada pihak PADAT. MBSA diminta menguruskan hal-hal pembayaran bagi bil-bil utiliti dan penyelenggaraan bangunan

     

    Sehingga kini, tiada pengesahan status diterima daripada mana-mana pihak. Namun Majlis menerima permohonan daripada wakil PADAT untuk mengadakan ukurperiksa bangunan untuk penyediaan ruang pejabat di tingkat bawah, manakala ruang pejabat di tingkat satu telah diluluskan oleh Mesyuarat Exco untuk digunakan sebagai ruang pejabat oleh kakitangan Jabatan Kebudayaan

  2. Senaraikan program yang dilaksanakan di SART pada tahun 2015.

    1. Berdasarkan status pemilikan / pengurusan Bangunan Teater Shah Alam yang masih belum disahkan, pihak Majlis tidak membuat sebarang promosi kecuali menyemak mana-mana permohonan yang diterima untuk menggunakan/menyewa Teater Shah Alam seperti  persembahan  orkestra oleh Selangor Symphony Orchestra pada 16–19 September 2015 dan Symphony Orkestra Diraja pada 9-13 Disember 2015 untuk sambutan ulangtahun Keputeraan Baginda Sultan Selangor. Walaupun demikian, pihak penganjur telah membatalkan cadangan program

     

    Majlis juga telah menerima permohonan daripada pihak Astro untuk mengadakan beberapa program Astro. Perbincangan dengan pihak Astro

     

    sedang dibuat bagi cadangan penyewaan bermula pada 1 November 2015 sehingga 15 Januari 2016. Pihak Astro juga merancang untuk mengadakan satu program lain sehingga April 2016.

  3. Apakah usaha bagi memastikan SART terus dikunjungi?

    Bagi memastikan Bangunan Teater Shah k yang dipertanggungjawabkan hendaklah mengadakan program-program yang sesuai dan menarik. Promosi yang berterusan hendaklah diadakan serta peruntukan kewangan yang mencukupi perlu

     

Lampiran

Tiada Lampiran.