Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
161) SHAH ALAM DIALOGUE
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan program Shah Alam Dialogue yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2019?
Program Shah Alam Dialouge telah mempunyai perancangan namun perlaksanaannya terhenti ketikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Oleh itu program ini akan disusun dan diatur semula pelaksanannya selari dengan tuntutan norma baharu yang dikuatkuasa oleh Majlis Keselamatan Negeri (MKN)
-
Berapakah bilangan program yang dianjurkan di bawah inisiatif Shah Alam Dialogue dalam 2020?
Berdasarkan perancangan program ini akan dilaksanakan sebanyak 4 kali bagi tahun 2020. Namun begitu kesan daripada PKP, perancangan ini akan diperhalusi semula.
-
Adakah Shah Alam Dialogue akan diteruskan dalam tahun 2021?
Bagi tahun 2021 jika tiada sebarang perubahan dasar dari kerajaan Negeri program ini boleh diteruskan.