Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
210) SEWAAN TAPAK PASAR TANI/MALAM, BAZAR RAMADHAN & EKSPO
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa kadar kenaikan sewa tapak pasar tani/malam bagi tahun 2025 & 2026?
Merujuk kepada data yang telah dikemukakan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, kadar sewaan tapak mengikut PBT adalah seperti berikut:
BIL PBT KADAR 2025 (RM) KADAR 2026 (RM) 1. MBDK Tiada kenaikan Tiada kenaikan 2. MBSA Tiada kenaikan Tiada kenaikan 3. MBPJ Tiada kenaikan Tiada kenaikan 4. MBSJ Tiada kenaikan Tiada kenaikan 5. MPAJ Tiada kenaikan Tiada kenaikan 6. MPHS Tiada kenaikan Tiada kenaikan 7. MPKj Tiada kenaikan Tiada kenaikan 8. MPKL Tiada kenaikan Tiada kenaikan 9. MPKS Tiada kenaikan Tiada kenaikan 10. MPS Tiada kenaikan Tiada kenaikan 11. MPSp Tiada kenaikan Tiada kenaikan 12. MDSB 104.00
(Kadar semasa)156.00
(Kenaikan 50%)Berdasarkan kepada jadual diatas, hanya MDSB sahaja yang akan mengenakan kenaikan pada kadar 50% bermula tahun 2026.
-
Apakah alasan yang paling konkrit asas kenikan sewa tapak tersebut?
Kenaikan kadar sewa tapak pasar tani/malam yang dilaksanakan oleh MDSB diluluskan melalui Kertas Cadangan Pengenaan Kadar Baharu Caj Fi Pasar Pagi dan Malam Tahun 2025 berikutan kadar sewaan sedia ada telah diguna pakai sejak tahun 2000. Sejajar dengan keadaan ekonomi semasa dan perbandingan kadar dengan PBT lain di Negeri Selangor, MDSB berpandangan kadar sewaan tapak pasar tani dan pasar malam di kawasan MDSB wajar dilaksanakan bagi memastikan MDSB dapat memberikan perkhidmatan dan fasiliti peniagaan yang berkualiti kepada para peniaga dan pengguna.
-
Lampirkan kadar sewaan bagi bazar ramadhan dan ekspo raya dalam tempoh 5 tahun (2021-2025).
Kadar sewaan tapak bagi bazar Ramadan dan Ekspo Raya di setiap PBT bagi tahun 2021 sehingga 2025 adalah seperti di LAMPIRAN A.