Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

53) SEWAAN PPRT SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk menurunkan sewa dari RM250 ke RM124 sebulan?

    Buat masa ini terdapat 297 orang penyewa di PPR Kota Damansara menyewa dengan kadar sewa RM124.00 sebulan dan tiada cadangan  untuk menurunkan kadar sewa bagi penyewa yang telah membayar sewa RM250.00 sebulan. Selain itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke 12/2019 telah memutuskan kadar sewa rumah PPR Kota Damansara bagi semua penyewa dinaikkan daripada RM124.00 kepada RM250.00 sebulan. Walaubagaimanapun, PHSSB telah memohon penangguhan pelaksanaannya kerana ingin membuat semakan data kewangan penyewa (CTOS), menjalankan bancian dan seterusnya sesi temuduga terlebih dahulu. Selain itu, disebabkan penularan wabak Covid-19, terdapat ramai penyewa yang terkesan termasuklah hilang pekerjaan. Sehubungan itu, PHSSB telah memohon pelaksanaan pelarasan kadar sewa ini ditangguhkan dahulu sehingga tiba waktu yang sesuai.

  2. Apakah kriteria yang perlu ada melayakkan penyewa membayar sewa sebanyak RM124 sebulan?

    Buat masa ini tiada kriteria yang ditetapkan memandangkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke 12/2019 telah memutuskan kadar sewa rumah PPR Kota Damansara bagi semua penyewa dinaikkan daripada RM124.00 kepada RM250.00 sebulan.

  3. Berapakah jumlah unit yang masih kosong yang boleh diduduki?

    Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan untuk kerja-kerja baikpulih sebanyak 20 unit kosong. Bagi unit kosong yang sedang dibaikpulih ini, telah terdapat permohonan yang telah ditemuduga dan layak ditawarkan dan sedang menunggu untuk kemasukan selepas unit kosong siap dibaikpulih. Selain itu, sehingga September 2022, terdapat lebih kurang 665 permohonan penyewaan di PPR Kota Damansara diletakkan di dalam senarai menunggu untuk dipanggil menghadiri sesi temuduga tapisan kelayakan mengikut kekosongan unit dan giliran.

Lampiran

Tiada Lampiran.