Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
287) SEWAAN KEDAI-KEDAI DI SACC MALL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peniaga yang keluar meninggalkan SACC Mall sehingga Januari 2025 dan nyatakan syarikat tersebut?
Sehingga Januari 2025, seramai 12 daripada 134 peniaga telah menamatkan sewaan lot kedai di SACC Mall. Jumlah ini mewakili 4% daripada keseluruhan keluasan lantai iaitu 8,218 kaki persegi daripada jumlah keseluruhan 179,958 kaki persegi. Senarai peniaga/syarikat adalah seperti berikut:
- SpaceDX Sdn Bhd
- 3E Worldwide Sdn Bhd
- Rampai Niaga Sdn Bhd
- Yusa Food Products Sdn Bhd
- Mariana Coutures
- Generasi Prestasi Sdn Bhd
- QL Maxincome Resources Sdn Bhd
- Wong Solo (Gombak) Sdn Bhd
- Five 5 Event
- J Nine International Sdn Bhd
- Poliklinik Salehudin (Guardian)
- Seri Radiah Songket
-
Apakah langkah PKNS membantu peniaga akibat kekurangan pelanggan yang ketara kesan pembinaan Aneka Walk?
PKNS telah melaksanakan beberapa inisiatif melalui Anak Syarikat bagi membantu peniaga di SACC Mall, antaranya:
- Rebat Sewa – Menyediakan rebat sewa berjumlah RM811 ribu bagi tempoh tujuh (7) bulan, bermula Ogos 2024 hingga Februari 2025.
- Fleksibiliti Kontrak – Memperkenalkan pembaharuan kontrak sewaan secara bulanan (month-to-month) dengan tempoh maksimum enam (6) bulan untuk memberi lebih kemudahan kepada peniaga.
- Kadar Sewa – Menawarkan kadar sewa yang lebih kompetitif bagi peniaga yang memperbaharui kontrak sewaan.
- Pengukuhan Pemasaran Digital – Memperkasakan promosi di laman sosial dengan pelbagai aktiviti dan program menarik di SACC Mall.
- Iklan Percuma – Memberikan peluang kepada peniaga untuk menikmati pengiklanan percuma bagi meningkatkan keterlihatan perniagaan mereka.
-
Nyatakan projek dan program PKNS membantu usahawan bumiputera dari tahun 2019-2024.
Seterusnya, PKNS melalui Bahagian Pembangunan Usahawan telah melaksanakan lebih daripada 35 program keusahawanan sejak daripada tahun 1996 dan sehingga kini telah berjaya membimbing seramai lebih 50,000 usahawan. Antara program-program yang berkenaan adalah seperti berikut:
PROGRAM UTAMA NAMA PROGRAM Program Pembudayaan dan Pembangunan 1. Program Perintis Usahawan (PPU)
2. Program Tunas Niaga (PROTUNe)
3. Program Bina Bangun Usahawan (BIZUP) PKNS
4. Kursus Keusahawanan (Usahawan/ToT Pembimbing)
5. Sistem BizCamp
6. PKNS BizCentre Sales
7. Karnival Usahawan PKNS (KUP)
Program Pemantapan 1. Program Ekspo Usahawan (SELBIZ)
2. Program Usahawan Siswazah PKNS (GROW)
3. Program Usahawan Siswazah Lanjutan PKNS (GROW PLUS)
4. Malam Anugerah Usahawan
5. Klinik Usahawan Selangor
Program Jaringan
1. Penyewaan Ruang Niaga Di Amcorp Mall, Petaling Jaya
2. Penyewaan Ruang Pejabat Serba Lengkap (VIO by PKNS)
3. Program-Program Padanan Perniagaan
4. Penyewaan Bilik Seminar
5. Siri Pocket Talk Bersama Agensi
6. Program Bizmatch Mega
7. Penyertaan Ekspo Dalam Negara
Program Perkembangan 1. Program Market Accelerations For Export & Retail Products (MEXPRO)
2. Penyelarasan Bantuan Pembiayaan Dana
3. Kursus Jangka Pendek Access To Retail dan Persijilan
4. Program Jelajah Usahawan
5. Penyertaan Ekspo Luar Negara
6. Export Acceleration Programme (EAP)
7. Program Akses Peruncitan