Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
53) SETINGGAN SIFAR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah taburan kedudukan setinggan di negeri Selangor?
Berdasarkan laporan bancian yang dibuat oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
masih terdapat seramai 4,073 keluarga setinggan di Negeri Selangor yang belum
dipindahkan ke penempatan baru atau diselesaikan. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
mencatat bilangan setinggan paling tinggi di atas tapak iaitu seramai 1,318 keluarga,
diikuti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 1,075 keluarga, Majlis Perbandaran Ampang
Jaya (MPAJ) 348 keluarga, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 337 keluarga,
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 331 keluarga dan Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj) 256 keluarga. PBT-PBT seperti Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis
Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah
Hulu Selangor mencatat bilangan setinggan yang agak kecil berbanding dengan PBTPBT yang berada dalam kawasan Lembah Klang. Tiada lagi penempatan setinggan di
kawasan Majlis Bandar raya Petaling Jaya (MBPJ) dan kini sedang menumpukan
program pemindahan semula bekas setinggan yang menghuni di Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Lembah Subang dan PPR Kota Damansara ke projek rumah kos rendah.
Jadual di bawah menunjukkan pecahan atau taburan setinggan mengikut PBT di Negeri
Selangor.Statistik Pecahan Bilangan Setinggan Mengikut Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri
Selangor Sehingga 30 Jun 2010
Bil. Nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bilangan
Setinggan
1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) –
2 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 112
3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 348
4 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 337
5 Majlis Perbandaran Klang (MPK) 1,318
6 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 256
7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 1,075
8 Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 103
9 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 12
10 Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 8
11 Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 331
12 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKLgt) 173
JUMLAH 4,073 -
Adakah kajian telah dibuat sama ada rancangan setinggan sifar telah berjaya?
Kerajaan Negeri tidak perlu membuat kajian untuk menentukan rancangan setinggan
sifar belum atau telah berjaya dilaksanakan. Ini disebabkan Kerajaan Negeri Pakatan
Rakyat (PR) tidak menetapkan sasaran setinggan sifar seperti yang dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri terdahulu. Pemindahan setinggan tidak akan lagi dilakukan secara
paksaan tetapi akan dilaksanakan secara situasi “menang-menang”. Perobohan
penempatan setinggan hanya akan dibuat selepas perbincangan dibuat dan persetujuan
bersama dicapai di antara pihak setinggan dan Kerajaan Negeri. -
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu para setinggan?
Kerajaan Negeri akan terus komited untuk membantu setinggan agar mereka turut dapat
menikmati kemudahan perumahan yang mempunyai infrastruktur dan prasarana yang
selesa. Langkah memastikan bancian setinggan tidak dipertikaikan pada masa akan
datang di samping semua setinggan menikmati kemudahan yang ditawarkan maka
Kerajaan Negeri telah mewujudkan Manual Prosedur Bancian yang seragam untuk
diguna pakai oleh semua PBT di Negeri Selangor. Selain itu, setinggan yang dibanci
akan dipastikan mempunyai peluang yang sama rata untuk ditawarkan rumah kos
rendah.
Perbincangan bersama bank-bank juga sedang dijalankan bagi mendapatkan
penyelesaian dalam membantu setinggan-setinggan yang gagal membuat pinjaman
perumahan kerana pendapatan yang tidak mencukupi atau di senarai hitamkan oleh
bank. Kajian membina lebih banyak “council home” di Negeri Selangor sedang dibuat
oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam usaha menempatkan
setinggan yang dikategorikan miskin tegar atau mereka yang tidak mempunyai rumah
setelah rumah kos rendah yang dibeli semasa program setinggan sifar lalu telah dilelong
oleh bank.