Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

293) SETINGGAN KAMPUNG FAJAR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membangunkan semula kawasan setinggan Kg. Fajar?

    MPAJ bersama pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah menjalankan beberapa sesi penilaian dan pembentangan bagi menilai cadangan pembangunan termasuk penyelesaian setinggan melalui ‘Request For Proposal’ (RFP) oleh pihak pemaju yang terlibat. Proses penyelesaian perihal pemilikan tanah pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan di atas tapak berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi tujuan mengoptimakan pembangunan seterusnya, langkah terhadap tindakan penyelesaian setinggan secara in-situ di atas tapak dapat dijalankan secara serentak.

Lampiran

Tiada Lampiran.