Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
246) SETINGGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah setinggan yang berada di Negeri Selangor dan senaraikan keseluruhan kawasan setinggan tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod yang diterima daripada semua Pejabat Tanah Dan Daerah di negeri Selangor, terdapat 60 penempatan setinggan melibatkan 1,975 keluarga di atas tanah Kerajaan seperti di Lampiran A.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah setinggan ini?
Kerajaan Negeri sedang menyediakan Pelan Tindakan Pengurusan Setinggan di atas Tanah Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan penyelesaian penempatan setinggan ditangani secara komprehensif.
-
Adakah masih ada isu setinggan di mana-mana kawasan di DUN Morib dan sila nyatakan kawasan-kawasan tersebut?
Berikut adalah kawasan di DUN Morib yang terlibat dengan isu setinggan :