Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

171) SETIAUSAHA, PEGAWAI KEWANGAN DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menukar Setiausaha, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor?

    Sebarang perubahan jawatan tertinggi mesti dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam selepas berbincang dengan Menteri Besar dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku.  Setakat ini Kerajaan Negeri belum merancang sebarang pertukaran.

  2. Nyatakan sebab-sebab untuk jawapan (a) di atas dan tarikh pertukaran (jika ada)

    Ini adalah untuk memastikan kesinambungan pentadbiran Kerajaan Negeri dan juga memandangkan saya merasakan ada hubungan baik antara pegawai-pegawai ini dengan anggota EXCO. Walau bagaimanapun kita akan sentiasa berusaha memantapkan kerjasama ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.