Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
85) SETIAUSAHA DAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah emolumen serta elaun yang diterima oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri setiap bulan?
Jumlah emolumen serta elaun yang diterima oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB. Pegawai Kewangan Negeri pada setiap bulan adalah seperti berikut :
Bil. Gaji Dan Elaun YB. SUK YB. PWN 1. Gaji Hakiki RM 12,169.78 RM 12,201.84 2. Imbuhan Tetap Perumahan RM 2,000.00 RM 1,600.00 3. Imbuhan Tetap Khas RM 4,000.00 RM 3,050.00 4. Imbuhan Tetap Jawatan Utama RM 2,500.00 RM 1,500.00 5. Bayaran Bantuan Pembantu Rumah
RM 500.00 RM 500.00 6. Ex – Officio RM 2,500.00 RM 2,500.00 7. Ahli MMKN RM 3,000.00 RM 3,000.00 Jumlah Emolumen Sebulan RM 26,669.78 RM 24,351.84 -
Sila senaraikan perbelanjaan ataupun peruntukan yang melebihi RM10,000 yang telah dipohon dalam portfolio mereka sejak tahun 2011 sehingga hari ini.
Dijawab oleh Perbendaharaan Negeri Selangor
-
Sila senaraikan lawatan luar negara dan tujuan lawatan tersebut yang telah disertai oleh mereka sejak tahun 2011.
Senarai lawatan luar negara dan tujuan lawatan yang telah disertai oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Pegawai Kewangan Negeri sejak dari tahun 2011 sehingga kini adalah seperti berikut :
Kelulusan Ke Luar Negara Bagi YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor:
Tarikh / Tahun Tempat Lawatan Tujuan 2-4 Mei 2011 Indonesia Cuti Rehat Bersama Keluarga 9-12 Jun 2011 China Cuti Rehat Bersama Keluarga 5-7 November 2011 Kemboja Menunaikan Ibadah Korban Sempena Hari Raya Idul Adha 22-28 Disember 2011 China Cuti Rehat 25-27 Januari 2012 Indonesia Cuti Rehat 25-27 Februari 2012 Indonesia Cuti Rehat 3-6 Jun 2012 Indonesia Cuti Rehat Kelulusan Ke Luar Negara Bagi YB Pegawai Kewangan Negeri Selangor:
Tarikh / Tahun Tempat Lawatan Tujuan 10-13 April 2011 Singapura Lawatan rasmi (Mesyuarat Persediaan dan Mengkaji
Perjanjian Kejohanan Golf
Selangor Masters dan Pro-Am
Selangor 2011 Bersama Asian Tour)
15-17 April 2011 Australia Lawatan rasmi (Mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan
Wonderland Sydney dan
Lawatan ke Tapak Projek Wonderland Sydney)
20-29 Mei 2011 Amerika dan Kanada Lawatan rasmi (Lawatan teknikal Selaman Sdn Bhd) 19-23 November 2011 China Cuti Rehat Bersama Keluarga 29-31 Disember 2011 Singapura Cuti Rehat Bersama Keluarga 15-18 Julai 2012 Indonesia Cuti Rehat Bersama Keluarga