Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
264) SERBUAN UNIT INTEGRITI OLEH SUK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana keberkesanan serbuan Unit Integriti oleh Setiausaha Kerajaan dalam mengurangkan budaya lepak semasa bekerja dapat diukur?
Pelaksanaan operasi pemantauan terhadap pematuhan arahan waktu minum pagi terhadap semua kakitangan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dilaksanakan sebagai satu langkah untuk memastikan warga kerja tidak keluar untuk minum pada waktu bekerja. Ini merupakan langkah kedua yang diambil dalam usaha untuk menerapkan amalan budaya kerja berdisiplin, di mana langkah pertama yang dilaksanakan adalah dengan mengeluarkan poster dan pemakluman melalui e-mel mengenai larangan minum pagi semasa waktu bekerja. Susulan operasi pemantauan pertama yang telah dibuat pada 9 Februari 2015 di kantin Bangunan SSAAS, didapati bahawa terdapat pengurangan yang amat ketara dalam bilangan kakitangan yang keluar untuk minum pagi pada waktu bekerja. Dapatan ini diperoleh hasil daripada observation atau tinjauan rambang Unit Integriti dan juga maklum balas yang diterima daripada warga kerja serta pengusaha kantin sendiri.
-
Adakah serbuan ini akan dijalankan secara one-off atau secara berpanjangan?
Operasi pemantauan ini akan dilaksanakan secara berkala pada waktu-waktu dan di lokasi-lokasi yang berbeza. Untuk makluman operasi kedua telah dilakukan pada 2 Mac 2015 di restoran-restoran di sekitar Shah Alam. Ia juga akan dilaksanakan di peringkat daerah dan PBT.
Statistik tangkapan Operasi Pemantauan Terhadap Pematuhan Arahan Waktu Minum
Operasi 1/2015 = 12 orang kakitangan
Operasi 2/=2015 = 6 orang kakitangan
-
Adakah ianya akan dijalankan di pejabat-pejabat kerajaan selain Bangunan SSAAS?
Sama seperti di SUB(a)