Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

187) SERBUAN PUSAT HIBURAN HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah serbuan yang telah dilaksanakan sepanjang 2013-2014?

     

    a) dan b) Jumlah serbuan, kompaun dan premis yang disita bagi tahun 2013 dan 2014 mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    PBT Jumlah serbuan/operasi Jumlah Kompaun Bilangan Premis yang Disita
    MBSA 26 6 notis

    1 kompaun

    8
    MBPJ 891 208 120
    MPK 84 27 75
    MPAJ 65 65 50
    MPSJ 51 51 51
    MPKj 260 156 104
    MPS Tiada maklumat
    MPSp 94 118 94
    MDKL 0 0 0
    MDHS 7 5 5
    MDKS Tiada maklumat
    MDSB 5 2 3
  2. Nyatakan jumlah kompaun dan premis yang telah disita?

  3. Apakah inisiatif PBT dalam membendung hal ini?

    Pihak PBT amat serius di dalam membendung premis perniagaan tanpa lesen serta premis-premis yang melanggar syarat lesen termasuk pusat-pusat hiburan. Inisiatif PBT dalam membendung Pusat Hiburan Haram adalah:

    1. Operasi bersepadu berkala bersama Jabatan-jabatan dalaman dan agensi-agensi sokongan yang lain seperti PDRM, AADK, JAIS, Jabatan Imigresen dan lain-lain agensi yang

     

    1. Menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti kompaun, sitaan dan tindakan pendakwaan di bawah Akta, Enakmen, Peraturan serta Undang-undang Kecil

     

    • Barang/peralatan sitaan tidak akan dikembalikan sekiranya pemilik premis membuat permohonan tuntutan barangan rampasan dengan tujuan untuk mengelakkan pemilik premis beroperasi

     

    1. Mengenakan kompaun yang tinggi kepada pesalah

Lampiran

Tiada Lampiran.