Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

69) SERAHAN LEWAT KEMUDAHAN INFRA DARI PEMAJU KAWASAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan terhadap pemaju yang tidak membuat serahan jalan dan kemudahan rekreasi kepada MDKS setelah kemudahan tersebut lengkap disiapkan?

    Pihak MDKS akan mengeluarkan notis pengambilalihan kepada pihak pemaju supaya mengemukakan inventori jalan berkaitan untuk tindakan pengambilalihan kawasan jalan bagi tujuan selenggara dan kemaskini rekod jalan di dalam sistem MARRIS dalam talian.

  2. Kenapa berlaku kelewatan dalam membuat penyerahan?

    Pihak pemaju lewat membuat penyerahan jalan disebabkan perkara berikut:

    i) Jalan mempunyai kerosakan struktur yang masih memerlukan tindakan pembaikan semula yang masih belum diambil tindakan pembaikan oleh pihak pemaju.

    ii) Jalan / laluan jaringan jalan masih diguna pakai oleh pihak pemaju bagi tujuan pembinaan untuk fasa-fasa pembangunan lain oleh pemaju yang sama

    (Pembangunan Berfasa)

     

    iii)        Tempoh tanggungan kecacatan pembinaan jalan yang masih berkuatkuasa dan perlu dibaiki dan diselenggara oleh pihak pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.