Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

230) Sepanjang Tiadanya Exco Pelancongan

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sepanjang tiadanya EXCO Pelancongan siapakah yang memangku tugas tersebut? Apakah status urusetia dan kakitangan yang ditugaskan sebagai warga kerja dalam jawatankuasa-jawatankuasa tetap?

    Sepanjang tiadanya EXCO Pelancongan, YAB Dato’ Menteri Besar mengambil alih untuk memangku tugas tersebut bagi menyelesaikan beberapa isu atau perkara-perkara berkaitan pelancongan. Walaubagaimanapun, bagi pelaksanaan program pembangunan dan promosi pelancongan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dirangka untuk Tahun 2020, beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan di bawah Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor meneruskan tugas dan memikul tanggungjawab seperti biasa. Antara jabatan dan agensi utama tersebut adalah seperti berikut:-

    1. Unit Perancang Ekonomi Negeri – Sub Seksyen Pelancongan
    2. Tourism Selangor Sdn Bhd
    3. Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor
    4. Pejabat Tanah Daerah
  2. Apakah status urusetia dan kakitangan yang ditugaskan sebagai warga kerja dalam jawatankuasa-jawatankuasa tetap?

    Status Jabatan dan Agensi Kerajaan di bawah Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor, masih bergiat aktif meneruskan tugas dan memikul tanggungjawab seperti biasa bagi menguruskan program promosi dan pembangunan pelancongan di Negeri Selangor. Berikut merupakan skop kerja yang sedang dijalankan mengikut agensi dan jabatan yang terlibat:-

    1. Unit Perancang Ekonomi Negeri – Sub Seksyen Pelancongan : Hal berkaitan polisi dan pembangunan pelancongan.
    2. Tourism Selangor Sdn Bhd : Hal berkaitan dengan program promosi pelancongan dan program penggalakan pelancongan.
    3. Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor : Hal berkaitan dengan polisi, penguatkuasaan, pembangunan dan promosi pelancongan.
    4. Pejabat Tanah Daerah : Hal berkaitan dengan polisi, penguatkuasaan, dan pembangunan pelancongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.