Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

85) SENARAI TANAH PEWARTAAN DAN HAK MILIK MPKL, PTDKL DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI KUALA LANGAT

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan senarai tanah di Mukim Tanjung Dua Belas Satu, Daerah Kuala Langat yang telah diwartakan kepada MPKL, PTD Kuala Langat dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri yang lain dan apakah status tanah tersebut sama ada sudah dibangunkan atau tidak.

    Dari tahun 2017 hingga 2021, sebanyak 122 permohonan tanah-tanah kerajaan yang diterima daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat (PDTKL) dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri lain di Mukim Tanjung Duabelas (1) yang telah diluluskan pewartaan seperti berikut:

    Senarai tanah yang telah diwartakan di Mukim Tanjung Dua Belas Satu, Daerah Kuala Langat adalah seperti di Lampiran A.

    Pihak Berkuasa Negeri hanya melaksanakan proses perwartaan tanah di bawah Kanun Tanah Negara atau akta-akta lain yang berkaitan. Status pembangunan tanah-tanah yang telah diwartakan tersebut adalah di bawah bidang kuasa dan pemantauan agensi yang telah dilantik sebagai penyelenggara tanah warta tersebut

Lampiran

Tiada Lampiran.