Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
96) SENARAI TANAH KOSONG DI SEKITAR PEKAN BANTING MILIK KERAJAAN DAN AGENSI SERTA BADAN BERKANUN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kesemua tanah kosong yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor dan Persekutuan termasuk agensi-agensi serta badan-badan berkanunnya di sekitar pusat bandar Banting dengan nombor hakmiliknya dan tunggakan cukai tanah sekiranya ada.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan semakan system Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB), terdapat 12 hakmilik yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor dan Persekutuan termasuk agensi-agensi serta badan-badan berkanunnya di sekitar pusat bandar Banting dengan jumlah keluasan 1,835 meter persegi. Kesemuanya hakmilik tersebut tidak mempunyai tunggakan cukai dan tanah-tanah tersebut bukan merupakan tanah kosong. Senarai hakmilik terlibat adalah seperti di Lampiran A.