Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
71) SENARAI RUMAH SELANGORKU DI KUALA LANGAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan sehingga sekarang di daerah Kuala Langat. Berapa banyakkah projek yang belum bermula kerja? Berapa banyakkah unit yang masih belum dijual dan harganya?
Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 5,861 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga 31 Oktober 2018 bagi daerah Kuala Langat. Sehingga 31 Oktober 2018, sebanyak 3,642 unit RSKU sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 2,219 unit masih di dalam peringkat perancangan. Perincian senarai yang diluluskan di Kuala Langat adalah seperti di JADUAL A, Manakala unit yang masih belum dijual di Kuala Langat dan harganya sehingga 05 Oktober 2018 adalah seperti di JADUAL B:-
Jumlah kekosongan unit rumah setakat 05 Oktober 2018 terdapat sejumlah 399 unit berdasarkan kepada jumlah pemohon yang masih belum memuktamadkan atau menandatangani perjanjian Jual-Beli. Berdasarkan baki kekosongan stok unit rumah tersebut, proses penawaran nama kepada pemohon telah pun dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah Selangorku dan Hartanah Harga Kawalan yang diurusetiakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Namun demikian, pemohon tersebut masih dalam proses menyelesaikan urusan pembelian rumah melibatkan proses mengemukakan dokumen untuk semakan dan pengesahan LPHS, proses pengeluaran surat tawaran di LPHS, proses pemilihan unit rumah di peringkat pemaju, dalam proses mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan / bank dan sebagainya sebelum proses perjanjian Jual-Beli ditandatangani. Oleh itu, baki unit kosong tersebut masih dalam proses penjualan kepada pemohon sehingga urusan pembelian selesai.