Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

30) SENARAI PROJEK USAHASAMA DENGAN LEBAR DAUN SDN. BHD.

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek-projek pembangunan secara usaha sama antara syarikat lebar Daun Sdn. Bhd. dengan kerajaan negeri Selangor?

    1. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam perkara usaha sama antara Lebar Daun Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri Selangor. Projek yang terlibat dengan usaha sama tersebut adalah seperti berikut:-

     

    1. Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

     

    Terdapat satu (1) projek usaha sama Kerajaan Negeri dengan Syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. di Bukit Cherakah seluas 273 ekar Daerah  Petaling, Selangor Darul Ehsan.

     

    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

     

    Terdapat dua (2) buah projek usaha sama di antara PNSB dan Lebar Daun Sdn. Bhd. seperti berikut:-

     

    1. Cadangan membina dan menyiapkan Pusat Membeli Belah, Pejabat dan Kediaman Di Atas Tanah Milik PNSB Seluas 3.475 ekar di Precint 2.9, Seksyen 14, Bandar Shah Alam;

     

    1. Cadangan pembangunan di atas tanah milik PNSB seluas 96.19 ekar di Taman Botani, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling;

     

    1. Kumpulan Darul Ehsan Berhad

     

    Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menandatangani Perjanjian usaha sama dengan Lebar Daun Development Sdn Bhd pada 24 Mac 2003. Walau bagaimanapun, berikutan daripada kegagalan pihak Lebar Daun memenuhi syarat-syarat dan obligasinya seperti yang termaktub di dalam perjanjian, perjanjian usaha sama tersebut telah pun ditamatkan pada 25 Mac 2010. Sehubungan dengan itu, tiada lagi sebarang hubungan  yang  mengikat kedua- dua pihak. Pulangannya dalam bentuk in-kind iaitu ruang pejabat berkeluasan 85,000 kaki persegi yang dianggarkan bernilai RM27,600,000.00.

     

     

     

     

    1. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

     

    Tiada projek dan keuntungan melalui projek usaha sama dengan Lebar Daun Sdn. Bhd.

     

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

     

    Pada 3 April 2002 satu perjanjian penswastaan telah ditandatangani di antara PKNS dan Lebar Daun Development Sdn Bhd bagi memajukan tanah seluas 150 ekar di atas Lot PT 445, Seksyen 13 Shah Alam. Tempoh pembangunan yang ditetapkan adalah selama 9 tahun bermula 3 April 2002 sehingga 2 April 2011. Cadangan pembangunan yang dimajukan adalah perumahan dan komersial.

  2. Senaraikan juga keuntungan-keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan negeri melalui projek-projek usaha sama dengan syarikat ini?

    1. Keuntungan yang diperolehi adalah seperti berikut:-

     

    1. Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

    Syarikat dikehendaki membayar premium sebanyak RM145,000.00 seekar yang berjumlah RM39,585,000.00 (RM145,000.00 x 273 ekar) seperti diputuskan  EXCO MTES ke 7/98 bertarikh 16 September 1998. Nilai tanah bagi pembangunan pada tahun 2002 adalah di antara RM20.00 hingga RM23.00  sekaki persegi manakala bagi harga pertanian adalah RM12.00 hingga RM15.00 sekaki persegi. (Sila Rujuk Maklumat Tambahan)

     

    1. Kemudahan Kepada Orang Asli

     

    1. Bayaran tunai    sebanyak    RM6,951,510.00    telah    diagihkan    mengikut perjanjian usaha

     

    1. Balasan dalam bentuk unit-unit kediaman dan bangunan-bangunan kemudahan bernilai RM18,233,500.00.

     

    • Jumlah nilai wang tunai dan unit-unit kediaman & bangunan untuk kemudahan Orang Asli ialah RM25,185,010.00.

     

    1. Pulangan Kepada Kerajaan Negeri

     

    Pulangan kepada Kerajaan Negeri iaitu 105 rumah pangsa yang di jadikan kuarters kerajaan serta kemudahan-kemudahan lain iaitu seperti dewan, surau, tadika dan taman rekreasi. Nilainya adalah RM14,945,000.00.

     

     

     

     

    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

     

    Terdapat dua (2) projek yang terlibat dengan usaha sama dengan PNSB seperti berikut:-

     

    1. Bagi cadangan membina dan menyiapkan pusat membeli belah, pejabat dan kediaman di atas tanah milik PNSB seluas 3.475 ekar di Precint 2.9, Seksyen 14, Bandar Shah Alam yang melibatkan keuntungan bernilai inkind  iaitu  ruang pejabat berkeluasan 60,000 kaki persegi yang dianggarkan bernilai RM19,500,000.00. Status terkini adalah Perjanjian telah ditamatkan pada 22 November 2009. PNSB tidak mendapat apa-apa pulangan selaras dengan penamatan perjanjian usaha sama

     

    1. Cadangan pembangunan di atas tanah milik PNSB seluas 96.19 ekar di Taman Botani, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling yang  melibatkan  jumlah pulangan RM31,000,000.00. Status terkini adalah perjanjian telah ditamatkan pada 12 Februari 2009, selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri (MMKN Ke 18/2008 bertarikh 9 Julai 2008), yang mengekalkan kawasan tersebut sebagai Taman Botani. PNSB tidak mendapat apa-apa pulangan selaras dengan penamatan perjanjian usaha sama

     

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

     

    Jumlah keuntungan yang diterima setakat 31 Disember 2009 adalah sebanyak RM25,122,840 dari jumlah pulangan keseluruhan sebanyak RM139,501,569.00.

     

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     

    1. Nilai tanah pada tahun 1998 adalah RM145,000.00 seekar@43,560 kaki persegi adalah RM3.30 sekaki

     

    1. Nilai tanah pembangunan pada tahun 2002 melalui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) adalah RM20.00 sekaki persegi. Keseluruhan harga tanah pembangunan adalah RM237,837,600.00.

     

    1. Bagi nilai pertanian pada tahun 2002 melalui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) adalah RM12.00 sekaki persegi. Keseluruhan harga tanah pertanian adalah RM142,702,560.00.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.