Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
47) SENARAI PROJEK -PROJEK BAIKPULIH JALAN DI SELANGOR AKIBAT BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membaikpulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir ?
Berdasarkan penilaian awal, pihak JKR Selangor telah menganggarkan keperluan kos baikpulih jalan negeri yang rosak akibat banjir berjumlah RM 22.56 juta (tidak termasuk pembinaan cerun) yang melibatkan 5 daerah di Selangor. Cadangan untuk kerja-kerja baikpulih jalan negeri ini adalah di bawah program pemulihan infrastruktur pasca banjir menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2022.
-
Nyatakan projek-projek baikpulih jalan rosak akibat banjir yang telah dilaksanakan mengikut daerah setakat ini.
Senarai projek-projek baikpulih jalan rosak akibat banjir bagi jalan negeri mengikut daerah adalah seperti Lampiran 1.