Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
84) SENARAI KERANI KAWASAN PUSAT KHIDMAT ADN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berikan senarai kerani kawasan yang ada di setiap DUN yang menerima emolumen melalui jawatan kontrak sejak tahun 2018.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 17/2019 bertarikh 26 Jun 2019 telah meluluskan tambahan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat daripada tiga (3) orang kepada empat (4) orang. Keputusan tersebut telah dikuatkuasa mulai 1 Januari 2020.
Pada tahun 2018 hingga 2019 jumlah maksimum Pembantu Tadbir yang boleh dilantik adalah seramai 168 dan bermula tahun 2020 jumlah Pembantu Tadbir yang boleh dilantik adalah seramai 224 orang. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut tidak dapat dicapai apabila kadar pusingan lantikan dan penamatan Pembantu Tadbir terlalu cepat.
Berdasarkan data sehingga 15 Ogos 2021 jumlah Kerani Kawasan yang telah dilantik oleh Y.B. Ahli Dewan Negeri seramai 203 orang sahaja atau 90.63 peratus