Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
69) SENARAI JALAN PEMAJU DI KAWASAN SUBANG BESTARI DUN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senarai jalan yang masih milik pemaju tidak diserahkan kepada Majlis.
Berikut adalah senarai jalan dalam pembangunan Subang Bestari yang masih belum membuat serahan jalan;-
- Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, Shah Alam.
- Persiaran Cakerawala, Seksyen U5, Shah Alam
- Persiaran Kosmos, Seksyen U5, Shah Alam
- Persiaran Angkasa, Seksyen U5, Shah Alam
Terdapat 2 jalan Persiaran yang masih dalam pembinaan dan penyelenggaraan oleh pihak pemaju dan 2 jalan Persiaran masih dalam peringkat perancangan rekabentuk pelan dan tiada sebarang permohonan dikemukakan di peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi pelan Kerjatanah dan Pelan Jalan dan Perparitan.
Untuk makluman, sebahagian jalan Persiaran Atmosfera adalah dibawah pemajuan Tetuan Worldwide Holding Sdn Bhd dan Tetuan Juta Permai Sdn Bhd. Bagi jalan yang dibina oleh Tetuan Worldwide Holding Sdn Bhd telah disiapkan oleh pihak pemaju dan masih di bawah tanggungjawab penyelenggaraan pemaju. Sebahagian jalan Persiaran Atmosfera di bawah pemajuan Tetuan Juta Permai dan masih di dalam peringkat rekabentuk pelan perunding.
Manakala, sebahagian jalan Persiaran Kosmos dan Persiaran Angkasa adalah dibawah tanggungjawab pemaju Tetuan Teguh Majuria Sdn Bhd dan masih dalam pembinaan.
Seterusnya, sebahagian jalan Persiaran Cakerawala adalah dibawah tanggungjawab pihak Lembaga Getah Malaysia dan tiada rekod kelulusan yang pernah dikeluarkan diperingkat MBSA.
-
Tindakan kerajaan untuk memastikan pemaju untuk membina dan membuat serahan jalan di sekitar Subang Bestari?
Tindakan Kerajaan untuk memastikan pemaju membina dan membuat serahan jalan di sekitar Subang Bestari;
Dalam setiap cadangan pemajuan sesebuah pembangunan yang dicadangkan, pemaju perlu membina dan menyiapkan pembinaan mengikut spesifikasi Pihak Berkuasa Tempatan sebelum serahan dibuat oleh pihak pemaju.
Kerajaan, melalui Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), mengambil beberapa langkah untuk memastikan pemaju membina dan menyerahkan jalan di Subang Bestari dengan berkesan:
- Pengeluaran Notis Pengambilalihan: MBSA mengeluarkan notis kepada pemaju yang belum menyerahkan jalan setelah siap dibina. Notis ini mengarahkan pemaju mengemukakan inventori jalan berkaitan untuk tindakan pengambilalihan dan penyelenggaraan oleh pihak berkuasa tempatan.
- Pemantauan dan Penguatkuasaan: Pihak Berkuasa Tempatan memantau kemajuan projek dan memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sekiranya terdapat kelewatan atau ketidakpatuhan, tindakan penguatkuasaan seperti denda atau penalti boleh dikenakan.
- Kerjasama Antara Agensi: Kerajaan Negeri bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menyelesaikan isu infrastruktur yang tertangguh. Contohnya, penyelesaian isu jalan Persiaran Atmosfera di Subang Bestari yang tertangguh sejak 2009 telah dicapai melalui kerjasama antara wakil rakyat dan kerajaan negeri.
- Penyediaan Jalan Alternatif: Pihak berkuasa tempatan seperti MBSA telah mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah yang timbul akibat kelewatan pemaju. Sebagai contoh, MBSA membina jalan alternatif untuk mengatasi masalah kenderaan berat melalui kawasan perumahan di Desa Subang Permai.
Langkah-langkah ini diambil bagi memastikan pemaju memenuhi tanggungjawab mereka dalam pembinaan dan penyerahan jalan, seterusnya memastikan kemudahan infrastruktur yang berkualiti untuk penduduk di Subang Bestari.