Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
106) Senarai Hitam Untuk Isu Kontraktor Gagal
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan, PK8 iaitu Perkara 2 (v) Pemilikmodal/ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat/firma perunding disenaraihitamkan, adakah bermaksud Kerajaan Negeri boleh menyenaraihitam pemilik syarikat sekiranya kontraktor - kontraktor lantikan mereka gagal memenuhi kerja-kerja selepas dilantik PBT?
Berdasarkan PK8 – Pekeliling Perbendaharaan Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan, agensi hendaklah terlebih dahulu mengambil tindakan ke atas syarikat / firma perunding berkenaan mengikut terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan dalam perjanjian kontrak. Aduan hanya boleh dikemuka kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) selepas agensi mengambil tindakan berdasarkan perjanjian kontrak sebelum tindakan sewajarnya diambil oleh Kementerian Kewangan Malaysia.