Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
216) SEMINAR PELAKSANAAN SYARIAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Seminar Pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia pada 12 Oktober 2013. Apakah tujuan dan objektif kerajaan menjadi penganjur bersama seminar ini?
Penyertaan kerajaan sebagai penganjur bersama seminar ini ialah bagi menunjukkan komitmen kerajaan Negeri Selangor menyokong pelaksanaan syariah Islam di negeri Selangor. Kerajaan percaya pelaksanaan Islam secara menyeluruh mampu mengurangkan aktiviti jenayah yang berleluasa di negeri
-
Apakah rancangan kerajaan dalam melaksanakan syariah Islam di Selangor?
Sememangnya syariat Islam sudah diterapkan dalam perjalanan pentadbiran dan perundangan negeri Selangor. Pada masa yang sama kerajaan memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk sama-sama memahami, menimbulkan kesedaran dan memberikan sokongan agar pelaksanaannya dapat berjalan lebih menyeluruh dengan penambahbaikan +dari masa ke
-
Berapakah jumlah perbelanjaan penganjuran yang terlibat dan daripada peruntukan mana?
Jumlah perbelanjaan seminar ini ialah RM65,000.00 yang dibiayai secara bersama dari peruntukan Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi, Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor dan sumbangan penyertaan