Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
109) SEMIKONDUKTOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah nilai pelaburan dan peluang pekerjaan di wujudkan dalam sektor semikonduktor.
Sasaran dalam tempoh 5 tahun ini adalah dapat menarik pelaburan asing dan domestik sebanyak RM40 bilion bersamaan dengan menyumbang 30% kepada sasaran National Semiconductor Strategi (NSS) melalui pembangunan bakat, infrastruktur, dan teknologi, serta meningkatkan eksport semikonduktor bernilai tinggi hingga RM100 bilion bersamaan 10% daripada pasaran eksport E&E negara.
-
Sila senaraikan nama syarikat dan lokasi semikonduktor yang terdapat di Negeri Selangor.
Terdapat 25 jumlah syarikat berkaitan industri semikonduktor di Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor) sehingga setakat ini seperti senarai berikut:
- Neways Electronics Sdn Bhd
- Fanuc
- Besi Apac Sdn. Bhd.
- Ace Gases Marketing Sdn Bhd
- AGC Automotive Malaysia Sdn Bhd
- Amkor Technology Malaysia
- Device Dynamics Asia (Malaysia) Sdn Bhd
- Control Automation Technology Sdn Bhd
- Globetronics Sdn Bhd
- Hirose Electric (M) Sdn. Bhd.
- Ichor Systems Malaysia Sdn Bhd
- Inari Amerton Berhad
- MEMC Electronic Materials Sdn Bhd
- Mettler-Toledo (M) Sdn. Bhd.
- NXP Malaysia Sdn Bhd
- Omron Electronics Sdn Bhd
- QES Group of Companies
- Renesas Semiconductor KL Sdn. Bhd.
- Rohde & Schwarz (M) Sdn Bhd
- Sensata Technologies Malaysia Sdn Bhd
- Sonictron Sdn Bhd
- Texchem Corporation Sdn Bhd (KL)
- TUV Rheinland Malaysia Sdn Bhd
- Wonway Manufacturing Sdn Bhd
- JF Technology Sdn. Bhd.
Sumber : Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC)