Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
265) SEMESTA BERI KEBENARAN UNTUK KONTRAKTOR PEMBERSIHAN PASIR LONGKANG KONKRIT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan kontraktor pembersih pasir di longkang-longkang monsun dapat melakukan pelupusan pasir yang telah dikorek dan dilonggokkan supaya masalah banjir kilat dapat dielakkan dari berlaku?
Kontraktor pembersihan longkang-longkang monsun yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran atau pihak berkuasa yang lain boleh melupuskan pasir yang dikorek dengan mendapatkan doket pemindahan pasir dari KSSB.
Permohonan boleh dibuat kepada KSSB dengan menyertakan salinan surat lantikan dari JPS atau pihak berkuasa yang berkaitan.
Tatacara ini telah diguna pakai untuk kerja-kerja tebatan banjir yang dilaksanakan oleh JPS di mana kontraktor lantikan JPS dibenarkan untuk memindahkan dan menjual pasir setelah mendapat doket dari KSSB.