Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
136) SEMAKAN STATUS ISU MEMORANDUM OF TRANSFER (MOT) TAMAN PUTRA PERDANA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status baki enam plot yang masih belum dipindah milik selepas perbincangan Pejabat Daerah Tanah Sepang dengan pemaju?
Untuk makluman Yang Berhormat Dengkil, PTG Selangor telah mengadakan mesyuarat bersama pemaju berkaitan nilai premium bagi baki enam plot Pembangunan Putra Perdana pada 2 April 2021. Susulan dari itu, pihak Talam telah memaklumkan melalui surat bertarikh 24 Mei 2021 bahawa pihaknya tidak berkemampuan membayar premium berdasarkan nilaian semasa, penilaian tahun 2012, 2008 mahupun 2002 kerana terlalu tinggi.
Perbincangan Pentadbir Tanah Sepang bersama Y.B. Tuan Borhan bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adat Melayu, Kebudayaan dan Warisan juga telah diadakan pada 2 November 2021 bagi mencari penyelesaian isu ini seterusnya mengangkat Kertas Pertimbangan MMKN.
-
Apakah status tanah bagi kemudahan awam dalam plot kawasan yang masih belum selesai status dipindah milik?
Pengarah Tanah dan Galian Selangor telah meluluskan permohonan penyerahan sebahagian tanah bagi kegunaan awam di bawah Seksyen 200 KTN ke atas hak milik PN 39254 Lot 14004 (Plot E) Mukim Dengkil, Daerah Sepang oleh Cekap Mesra Development Sdn Bhd (Pemegang surat kuasa wakil kepada Continental Height Development Sdn. Bhd.) pada 6 Mei 2021. Tapak awam yang diserah dengan bersyarat adalah seperti berikut:
- Tapak pencawang pembahagi utama seluas 0.56 ekar dan pencawang elektrik seluar 0.21 ekar dengan TNB perlu memohon pemberimilikan yang dikenakan syarat-syarat dan bayaran selaras pekeliling PTGS Bil.11/2010.
- Tapak Masjid seluar 2.69 ekar, kawasan lapang 1.29 ekar dan simpanan jalan 0.92 ekar yang diwartakan di bawah Seksyen 62 KTN.
- Tapak Balai Bomba seluas 2.84 ekar. Balai Polis seluas 2.93 ekar dan Pejabat Pos seluas 0.95 ekar dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) perlu mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 76 KTN.
- Tapak tangki air seluar 0.64 ekar dan rumah pam seluar 0.17 ekar dengan Air Selangor dikehendaki memohon pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 KTN.