Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

12) SEMAKAN HARGA RUMAH BANTUAN KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kali terakhir kerajaan Negeri melakukan semak harga pembinaan rumah tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan peka akan keperluan yang disuarakan oleh rakyat Negeri Selangor dalam memiliki kediaman yang selesa dan selamat. Pada masa ini, di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan bantuan rumah kepada rakyat Selangor dengan jumlah sebanyak RM35,000.00 bagi bina baru sebuah rumah 3 bilik, RM32,000.00 bagi bina baru rumah 2 bilik dan baikpulih rumah yang tidak melebihi daripada RM20,000.00 bagi sesebuah rumah. Kali terakhir had siling ini dikaji dan dinaikkan adalah pada tahun 2010 di mana siling sebelum itu adalah RM30,000.00 bagi bina baru 3 bilik dan RM28,000.00 bagi bina baru 2 bilik berdasarkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dengan mengambil kira justifikasi – justifikasi yang kukuh daripada pelbagai agensi yang terlibat sebagai cadangan

  2. Apakah tindakan kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor di Daerah Petaling yang enggan menyertai projek pembinaan rumah tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil maklum akan isu ini dan cuba menyelesaikan permasalahan ini dengan merujuk kepada Perbendaharaan Negeri Selangor (PWN) terhadap dasar penilaian perolehan secara sistem Cut- Off. Berdasarkan permasalahan tersebut, Perbendaharaan Negeri telah memberi kebenaran khas seperti berikut:

     

    Agensi Pelaksana dibenarkan melaksanakan perolehan kerja bagi membina baharu Rumah Kerajaan Prihatin secara sebut harga terhad dengan mempelawa sekurang– kurangnya lima (5) kontraktor tempatan yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) mengikut kategori dan pengkhususan yang berkaitan yang telah dibuat penilaian daripada segi teknikal dan kewangan serta mempunyai rekod pengalaman kerja yang baik untuk mengemukakan harga masing – masing. Mana–mana kontraktor yang didapati

     

    berkelayakan boleh diperaku oleh Jawatankuasa Sebut Harga Agensi untuk kerja tersebut;

     

    Pelaksanaan sebut harga terhad tersebut boleh dibuat bagi maksimum sepuluh (10) buah Rumah Kerajaan Prihatin secara gabungan pelaksanaannya (tidak perlu di pelawa/diurus secara berasingan) tertakluk kepada penilaian jabatan terhadap kapasiti pihak kontraktor dan tempoh penyiapan yang disasarkan untuk pembinaan rumah tersebut.

     

    Senarai nama lima (5) kontraktor yang dipelawa untuk memasuki sebut harga terhad tersebut hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri Selangor untuk tujuan rekod pada masa yang sama pelawaan

     

    Daripada penjelasan tersebut, jika kontraktor tempatan masih enggan menyertai projek pembinaan rumah, maka tender tersebut akan dibuka kepada kontraktor dari daerah bersebelahan.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri senantiasa mengalu – alukan cadangan, pandangan dan justifikasi daripada semua Pejabat Daerah di Negeri Selangor berhubung isu keengganan kontraktor menyertai projek pembinaan rumah Kerajaan Prihatin supaya langkah – langkah penambahbaikan dan penstrukturan semula dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan oleh semua pihak dan agensi terlibat khususnya dalam menjaga kebajikan rakyat di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.