Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
247) SELVAX VAKSIN DOS KETIGA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap perlaksanaan suntikan vaksin dos ketiga dibawah progam SELVAX?
Soalan ini telah dijawab bersekali dengan soalan dari:
Balakong (N27) No.173 (a);
Bukit Lanjan (N37) No.175 (a);
Sungai Air Tawar (N01) No.238 (a); dan
Bukit Gasing (N34) No.246 (a).
Kadar vaksinasi yang tinggi di kalangan rakyat merupakan salah satu langkah dalam memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan seperti biasa, dengan pendekatan norma baharu. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 30 Jun 2021. SelVAX yang bertujuan mempercepatkan kadar imunisasi
rakyat negeri Selangor bagi tujuan mencapai imuniti kelompok memberikan tumpuan kepada petugas barisan hadapan ekonomi melalui SelVAX Industri dan komuniti setempat melalui SelVAX Komuniti dan Remaja.
Susulan daripada kelulusan penggunaan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak (booster dose) oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 17 November 2021, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi membenarkan rakyat Selangor mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik panel Selcare secara jumpa terus (walk in). Perincian bagi perkara ini sedang diperhalusi bersama pihak Selcare dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
-
Berapakah kos keseluruhan perlaksanaan program SELVAX?
Soalan ini telah dijawab bersekali dengan soalan dari Kampung Tunku (N35) No.167 (b). Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan program Vaksin Selangor (SelVAX) yang bertujuan mempercepatkan usaha ke arah komuniti kelompok dibiayai melalui pinjaman Kerajaan Negeri kepada SELGATE Healthcare Sdn Bhd berjumlah RM200 juta. Jumlah ini adalah bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan pelaksanaan program SELVAX dalam memastikan setiap warga Selangor yang layak mendapat suntikan vaksinasi dan seterusnya memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal.