Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
113) SELVAX
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah yang dilakukan dengan vaksin SelVax yang tertinggal?
Pihak Selgate masih berusaha mempromosikan untuk menghabiskan stok vaksin SelVAX.
-
Berapakah jumlah vaksin yang dapat dijual dan berapakah jumlah vaksin yang telah lupus?
Jumlah vaksin yang telah dapat dijual adalah seperti berikut (sehingga 06/07/2022):
Kerajaan Negeri : 500,000 dos
Industri : 160,043 dos
Sehingga kini, tiada vaksin SelVAX yang telah dilupuskan kerana tamat tempoh penggunaan.
-
Berapakah daripada jumlah vaskin yang dibeli diberikan kepada komuniti secara percuma?
Jumlah vaksin yang telah dibeli oleh pihak kerajaan negeri untuk diberi kepada komuniti adalah 500,000 dos.