Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

238) SELVAX

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah yang bakal menerima Dos Ketiga SelVAX?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari:

    Balakong (N27) No.173 (a);

    Bukit Lanjan (N37) No.175 (a);

    Bukit Gasing (N34) No.246 (a); dan

    Rawang (N14) No.247 (a).

    Kadar vaksinasi yang tinggi di kalangan rakyat merupakan salah satu langkah dalam memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan seperti biasa, dengan pendekatan norma baharu. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 30 Jun

    SelVAX yang bertujuan mempercepatkan kadar imunisasi rakyat negeri Selangor bagi tujuan mencapai imuniti kelompok memberikan tumpuan kepada petugas barisan hadapan ekonomi melalui SelVAX Industri dan komuniti setempat melalui SelVAX Komuniti dan Remaja.

    Susulan daripada kelulusan penggunaan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak (booster dose) oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 17 November 2021, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi membenarkan rakyat Selangor mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik panel Selcare secara jumpa terus (walk in). Perincian bagi perkara ini sedang diperhalusi bersama pihak Selcare dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

  2. Apakah Kerajaan Negeri akan membenarkan penjualan dos ketiga secara komersial oleh klinik-klinik swasta?

    Kerajaan Negeri masih mengadakan perbincangan dan kajian lanjut bagi kebenaran penjualan vaksin di bawah program SelVAX melalui klinik-klinik swasta bagi tujuan suntikan dos penggalak. Perkara ini juga adalah tertakluk kepada ketersediaan dos vaksin yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.