Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

171) SELVAX

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pembelanjaan Kerajaan Negeri untuk pembelian vaksin?

    Bagi meningkatkan usaha imunisasi warga Selangor, pengenalan Program Vaksin Selangor (SelVAX) merupakan langkah yang tepat diambil oleh Kerajaan Negeri. Pelaksanaan SelVAX yang membantu mempercepat kadar imunisasi telah membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baharu. Justeru itu, Kerajaan Negeri bersedia menyediakan peruntukan yang besar bagi memastikan program SelVAX berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang dihasratkan. Walau bagaimanapun, kos pembelian vaksin di bawah Program SelVAX adalah tertakluk di bawah “Non-Disclosure Agreement” yang telah ditandatangani bersama pihak pembekal.

  2. Berapakah pendapatan Kerajaan Negeri daripada program SelVAX berbayar dan saluran pendapatan lain setakat ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini juga adalah termaktub di bawah “Non-Disclosure Agreement” yang telah ditandatangani.

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan baki jumlah yang telah dibelanja bagi pembelian vaksin?

    Bagi pelaksanaan SelVAX Komuniti, Kerajaan Negeri telah mempunyai perancangan bagi memastikan 500,000 dos yang diperuntukan habis digunapakai. Manakala dos bagi SelVAX Industri akan diselaras oleh pihak SELGATE Healthcare Sdn Bhd bagi tujuan pengkomersialan

Lampiran

Tiada Lampiran.