Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

327) SELGATE CORP SDN BHD

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selgate baru-baru ini mengumumkan sebuah projek hospital swasta baru di Pulau Pinang. Apakah Kerajaan Negeri melalui Selgate mempunyai perancangan untuk membangunkan klinik-klinik di kawasan bandar dan luar bandar bagi memberi akses kesihatan kepada golongan rentan?

    SELGATE akan menilai kawasan-kawasan di Selangor yang mempunyai permintaan ini dan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk menentukan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

    Untuk makluman, dari segi perkhidmatan kepada rakyat Selangor, dalam perancangan hospital SELGATE selain di Rawang terdapat juga hospital di Sepang, Setia Alam, Shah Alam, Kuala Selangor dan Semenyih untuk memenuhi keperluan rakyat Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.