Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

94) SELF-REGULATION PENJUALAN MINUMAN BERALKOHOL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pelaksanaan Òself-regulationÓ dalam penjualan minumna-minuman beralkohol oleh pekedai-pekedai di Shah Alam? Adakah ianya berkesan dalam mengawal penyalahgunaan alkohol di kalanngan penduduk Shah Alam?

    Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor
    sebelum ini, ‘self-regulatory’ akan dilaksanakan oleh penjual manakala pihak Majlis
    hanya akan memantau perlaksanaan tersebut. Mesyuarat juga memaklumkan bahawa
    kaedah; ‘self-regulatory’ bukan bermaksud tidak boleh menjual sama sekali tetapi
    sebagai satu mekanisme kawalan penjualan yang dilaksanakan sendiri oleh peniaga.
    Hasil daripada program tersebut pihak syarikat 7-Eleven memaklumkan bahawa di
    seluruh Shah Alam terdapat sebanyak 37 premis 7-Eleven dan daripada jumlah tersebut
    terdapat 17 premis yang berada di dalam Seksyen 1 hingga 24 dan hampir 90%
    kakitangannya adalah beragama Islam.
    Sebagai langkah permulaan pihak syarikat telah memberhentikan terus penjualan bir di
    10 lokasi yang berada di dalam kawasan majoriti penduduk beragama Islam iaitu di
    Seksyen 2,3,6,7 (terdapat 3 premis di subseksyen tersebut), 8,13 dan 19 Shah Alam.
    Premis terbaru yang akan dihentikan penjualan bir adalah di TTDI Jaya Seksyen U2
    Shah Alam.
    Tindakan Yang Telah Dilaksanakan
    1) Di premis yang masih menjual bir tersebut, langkah seperti meletakkan dengan jelas
    stiker “TIDAK MENJUAL MINUMAN KERAS KEPADA ORANG BERAGAMA
    ISLAM DAN DI BAWAH UMUR 18 TAHUN” di lokasi penjualan bir.
    2) Mengadakan tempat simpanan yang berasingan supaya tidak bercampur bersama
    jenis minuman yang lain.
    3) Kakitangan juga telah diarahkan untuk mengawal penjualan hanya kepada bukan
    Muslim sahaja.
    4) Kakitangan telah diarah supaya mengenali ‘own customer’
    5) Pihak Majlis telah mengedarkan risalah-risalah dan pelekat (sticker) berkaitan
    kaedah ‘self-regulatory’ ini.

  2. Berapa banyak kedai yang telah menyertai program Òself-regulationÓ ini?

    Pada peringkat awal pihak yang telah menyertai program ini adalah terdiri daripada
    pihak pengusaha kedai serbaneka 7-Eleven, 99 SpeedMart Sdn Bhd, KK Supermarket
    Sdn Bhd. Seterusnya pihak Majlis telah mengedarkan pekeliling, poster, pelekat (sticker)
    dan risalah makluman kepada 127 premis, pasar raya, mini market dan kedai runcit
    sekitar kawasan pentadbiran Shah Alam.

Lampiran

Tiada Lampiran.