Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

139) SELENGGARA JALAN-JALAN DALAM TAMAN PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah dan prosedur pembiayaan penyelenggaraan jalan-jalan perumahan pangsapuri kos rendah?

    Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], hakmilik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah hakmilik semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyenggara dan mengurus bangunan sendiri termasuk jalan-jalan dalam kawasan pangsapuri. Walau bagaimanapun, atas dasar keprihatinan, bermula tahun 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan penyelenggaraan jalan-jalan dalam kawasan pangsapuri kos rendah dengan menggunakan peruntukan mengurus penyenggaraan di Pihak Berkuasa Tempatan sedia

     

  2. Berapakah yang diperuntukkan untuk selenggara jalan-jalan dalam perumahan pangsapuri kos rendah?

    Jumlah peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan dalam pangsapuri kos rendah adalah berdasarkan peruntukan mengurus penyenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun

  3. Senaraikan pangsapuri kos rendah di DUN Taman Medan yang sudah diselenggara

    Berdasarkan rekod Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, perancangan projek penyenggaraan jalan bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:

    BIL NAMA PANGSAPURI ANGGARAN KOS (RM) STATUS
    1 Taman Medan 32, PJS 3 459,750.00 Telah mendapat kelulusan Perbendaharaan Neger Selangor pada 15 Mac 2017.
    2 Blok A-B, Petaling Utama PJS 1 194,890.00
    3 Sri Cemara, PJS 9 439,670.00

     

     

    BIL NAMA PANGSAPURI ANGGARAN KOS (RM) STATUS
    4 Petaling Perdana (Blok G-Q), PJS 1 532,910.00 Untuk tindakan mendapa kelulusan Perbendaharaan Negeri Selangor.
    5 Flat Mentari Blok 11, Desa Mentari 2, PJS 2 662,250.00
    6 Cempaka Flat Sri Damansara (Sri Cempaka), PJU 9 533,945.00
    7 Flat Idaman, Damansara Damai 942,800.00
    8 Gugusan Seroja, PJU 5 423,820.00
    JUMLAH 4,190,035.00  

     

Lampiran

Tiada Lampiran.