Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
141) SELDEC
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci, keberkesanan program SELDEC dibawah Invest Selangor dalam perniagaan online?
SELDEC (Selangor Digital E- Supply Chain) telah dibangunkan dan dioperasi oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd yang merupakan Anak Syarikat kepada PKNS. SELDEC tiada kaitan dengan Invest Selangor Berhad.
SELDEC telah dirasmikan pada 24 Jun 2021 oleh YAB Menteri Besar Selangor dan sehingga kini telah mempunyai 1200 usahawan yang mendaftar dan menjalankan perniagaan di atas platform SELDEC. Manakala di dalam paltform SELDEC mempunyai lebih 8000 produk usahawan yang terdiri daripada produk segar (ikan, Ayam, Daging, Sayur dan Buah-buahan), Makanan sejuk beku, Makanan yang sedia di makan, produk kering dan pelbagai lagi. Produk- produk di dalam SELDEC adalah terdiri daripada PMKS (Perusahaan Micro Kecil & Sederhana).
Berikutan sambutan baik yang diterima oleh orang ramai, SELDEC telah menaik taraf portal dan operasi, di mana penghantaran produk usahawan bukan sahaja di lakukan di dalam Selangor, malah ke seluruh Malaysia dengan kerjasama syarikat logistik tempatan seperti Pos Laju, Line Clear dan Logistika Seldec juga bekerjasama dengan Agensi Kerajaan lain seperti SSDU, HIJRAH, SIDEC dan juga 12 PBT di seluruh selangor di dalam pemerkasaan program keusahawanan di Selangor ke arah Smart Economy dan Smart Digital
Sumber : SELDEC