Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

28) SELDEC

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah telah kerajaan negeri berbelanja untuk membangunkan/mempromosikan/menyelenggarakan platform SELDEC?

    Untuk makluman, kos keseluruhan pembangunan SELDEC adalah berjumlah RM2.6 juta dan ianya dibiayai oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC). Pembiayaan ini termasuk kos pembangunan portal SELDEC, Pembangunan ERP dan E-POS Sistem, Operasi dan Pemasaran

  2. Berapakah orang dan/atau syarikat yang menjual di platform ini?

    Pihak SELDEC telah menerima grant pemasaran untuk online Marketplace yang berjumlah RM320,000.00 sahaja. RM150,000.00 diterima pada bulan November 2020. Manakala RM170,000.00 diterima pada bulan Mac 2021. Kesemua perbelanjaan ini digunakan bagi tujuan promosi produk-produk usahawan serta pengiklanan di radio dan Digital Billboard.

    Sehingga kini, SELDEC mempunyai sebanyak 1,200 usahawan dan lebih 8,000 produk berada di atas platform SELDEC.

  3. Apakah hasil purata penjual di platform SELDEC?

    Purata penjualan di atas platform SELDEC adalah sebanyak RM65k hingga RM100k sebulan. Pada musim-musin perayaan, peningkatan purata penjualan adalah sebanyak 40%. Seperti contoh, pada bulan Julai 2021 iaitu semasa perayaan Hari Raya Qurban, pendapatan SELDEC mencecah sehingga RM140k sebulan berikutan permintaan terhadap produk segar dan beku seperti ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran adalah sangat tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.