Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

78) SELCAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. SELCAT berjaya mendedahkan penyelewengan yang berlaku pada masa-masa yang sudah. Apakah tindakan Kerajaan Negeri apabila SPRM tidak siasat pihak-pihak yang berkenaan?

    Kerajaan Negeri cuma boleh perbaiki tadbir urus kerajaan dan agensi-agensi kerajaan
    apabila SPRM tidak ambil tindakan terhadap pendedahan SELCAT.

  2. Apakah peranan SELCAT untuk mematangkan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Undangan Negeri?

    SELCAT merupakan Jawatankuasa Terpilih yang merupakan amalan biasa demokrasi
    yang maju. Kerajaan Negeri berhasrat belajar dari pengalaman tersebut bagi
    memperkasakan Dewan Negeri sebagai institusi legislatif Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.