Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
133) SELANGORKINI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak pengeluaran akhbar Selangorkini setiap bulan ?
Suratkhabar Selangorkini telah diterbit bagi menyampaikan maklumat am berkaitan Negeri Selangor dari semasa ke semasa di samping berita dari luar Negeri Selangor kepada rakyat di Negeri Selangor khususnya. Justeru bagi mencapai keberkesanan sebagai medium penyebaran maklumat pengeluaran akhbar Selangorkini setiap bulan adalah sebanyak 673,600 naskhah.
-
Berapa kos digunakan setahun bagi pentadbiran, percetakan, dan pengeluaran Selangorkini?
Perbelanjaan-perbelanjaan berikut telah digunakan bagi tahun berakhir Disember 2013, bagi merealisasikan penyampaian maklumat kepada rakyat khususnya di Negeri Selangor. Iaitu : –
Bil Perkara RM 1 Kos Pentadbiran 5,976,661 Bil Perkara RM 2 Kos Percetakan Selangorkini 3,259,745 3 Kos Pengeluaran / Edaran Selangorkini 1,822,910