Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

236) SELANGOR TEEN VOLUNTEERS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan program "Selangor Teen Volunteers" yang telah dijalankan sejak Januari 2019 dan apakah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program-program tersebut?

    Program Selangor Kids Volunteerism yang telah dilancarkan pada 28 Ogos 2016 merupakan satu platform bagi menanam kesedaran sifat tolong-menolong serta prihatin kepada masyarakat sekeliling selain mencungkil potensi diri kanak-kanak agar dapat membina keyakinan dan membentuk keperibadian yang mulia dalam kalangan kanak-kanak di Selangor. Objektif program adalah:

    • meningkatkan kesedaran kanak-kanak berkaitan amalan dan nilai murni bagi membentuk peribadi seimbang;
    • memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyertai, menyumbang idea dan bagi bagi peningkatan potensi diri;
    • menanam sifat tanggungjawab, prihatin dan rasa ingin menolong terhadap masyarakat tanpa mengharapkan balasan;
    • memberi galakan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan pandangan secara bertanggungjawab dan beretika bagi merangka program demi kepentingan kanak-kanak.

     

     

  2. Berapa bilangan belia yang terlibat dengan program ini?

    Sehingga Jun 2019, JKMN Selangor telah mendaftarkan sejumlah 389 orang kanak-kanak sebagai sukarelawan kanak-kanak atau dikenali sebagai Selangor Teen Volunteer (STV).

     

  3. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendaftaran peserta?

    Bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menumpukan usaha dan peruntukan bagi mewujudkan suatu aplikasi khas di mana seorang sukarelawan dapat mengumpulkan jam kredit (credit hours) aktiviti kesukarelawanan masing-masing.

    Sistem pengumpulan jam kredit ini akan lebih menggalakkan setiap individu termasuk kanak-kanak dalam aktiviti kesukarelawanan di negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan usaha pembangunan sistem ini dan ia dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.