Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
16) SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE (SSIC)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Standard Operating Procedures (SOP) SSIC selaku pemudah cara kepada pelabur tempatan mahupun pelabur asing?
- SSIC selaku agensi penggalakan pelaburan Negeri Selangor berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator kepada para pelabur sama ada projek pelaburan baru atau penyelesaian isu atau masalah bagi projek yang sedia ada. Dalam menguruskan sesuatu projek pelaburan, SSIC mengambil pendekatan seperti berikut:
- Pengurusan Projek Pelaburan Baru
Di dalam membantu merealisasikan sesuatu cadangan projek baru, SSIC selaku agensi pelaburan negeri akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut;
- Mengenalpasti latar belakang dan keperluan bagi cadangan projek pelaburan yang dikemukakan seperti;-
- jenis industri
- Keperluan tapak industri
- Keperluan bekalan utiliti
- Insentif yang boleh ditawarkan berdasarkan senarai projek yang digalakkan oleh
- Keperluan tenaga kerja
- Isu-isu pembangunan dan lain-lain yang
- Biasanya di dalam situasi ini, SSIC Berhad akan mengadakan pertemuan bersama bakal pelabur atau syarikat terbabit untuk berbincang terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran keseluruhan berhubung cadangan pelaburan yang
- Menyelaras perbincangan antara pihak pelabur atau syarikat dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi mendapatkan pandangan awal berkenaan cadangan projek pelaburan
- Berdasarkan keperluan pihak pelabur atau syarikat, SSIC akan mencadangkan kawasan-kawasan industri yang sesuai dan menyelaras lawatan tapak.
- Pihak pelabur diminta untuk menyediakan laporan Penilaian Awal Tapak (PAT) untuk ulasan Jabatan Alam Sekitar berkenaan kesesuaian tapak yang dicadangkan sebelum traksaksi pembelian atau penyewaan dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan pihak pelabur atau syarikat tidak menghadapi kesulitan sewaktu proses pembangunan projek
- Berdasarkan perbincangan di dalam mesyuarat teknikal yang diadakan, pihak syarikat dan perundingnya diminta untuk mengambil tindakan berdasarkan ulasan-ulasan awal daripada jabatan-jabatan yang
- Sebarang isu pembangunan yang berbangkit di dalam mesyuarat penyelarasan akan diangkat ke Mesyuarat EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Negeri
- Pihak SSIC Berhad sentiasa memantau kemajuan pelaksanaan projek yang dikemukakan menerusi mesyuarat susulan sehingga pembangunan tersebut dapat memulakan operasi
- Fokus SSIC tidak tertumpu kepada usaha untuk membawa masuk pelaburan baru ke Negeri Selangor, tetapi juga melibatkan aktiviti penggalakkan penambahan pelaburan dan penyelesaian masalah para pelabur.
Di dalam menyelesaikan sesuatu permohonan atau sesuatu masalah yang dihadapi oleh para pelabur, SSIC selaku agensi pelaburan negeri akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut;
- Mengenalpasti masalah yang dihadapi dan lain-lain yang berkaitan dengannya bagi memastikan langkah penyelesaian yang akan di ambil memfokus kepada tindakan yang
- Biasanya di dalam situasi ini, SSIC Berhad akan memanggil syarikat terbabit untuk berbincang terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran keseluruhan berhubung masalah yang dihadapi.
- Mengenalpasti jabatan-jabatan, Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan dengan isu yang
- Mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap bulan yang turut disertai oleh pihak syarikat, perunding dan Jabatan-jabatan Kerajaan yang
- Lawatan tapak akan dilakukan oleh pihak SSIC Berhad sekiranya diperlukan dan biasanya bagi masalah-masalah yang kritikal tindakan lawatan tapak yang serta merta akan
- Berdasarkan perbincangan di dalam mesyuarat yang diadakan, pihak syarikat dan perundingnya diminta untuk mengambil tindakan berdasarkan ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan yang berkaitan.
- Bagi masalah yang kritikal yang tidak dapat diselesaikan di dalam mesyuarat penyelarasan tersebut, pihak SSIC Berhad akan mengangkat perkara tersebut ke Mesyuarat EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan Kerajaan Negeri
- Pihak SSIC Berhad sentiasa memantau pelaksanaan projek yang dikemukakan menerusi mesyuarat-mesyuarat susulan sehingga sesuatu isu atau masalah yang dikemukakan dapat
- Secara umumnya SSIC Berhad berperanan dan bertindak sebagai agensi penggalakkan pelaburan dan fasilitator kepada para pelabur di Negeri
- Di dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor menarik pelaburan, Kerajaan Negeri telah mengarahkan agar semua permohonan pembangunan yang dikemukakan melalui SSIC Berhad hendaklah diberikan keutamaan.
- Pihak SSIC Berhad sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak MIDA, Pejabat-pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain- lain Jabatan Teknikal serta lain-lain Agensi Kerajaan Peringkat Negeri Dan Persekutuan yang berkaitan bagi membantu menyelesaikan isu yang
-
Nyatakan destinasi negara pelabur dan projek pelaburan yang menjadi keutamaan SSIC?
Antara negara yang dirancang untuk dilawati dan fokus industri bagi tahun 2014 adalah seperti berikut (dengan izin);-
Bil. Negara Fokus Industri 1. Switzerland & Italy · Aero angkasa / penerbangan · Makanan
· Automotif
· Mesin dan peralatan
· Minyak & Gas
· pendidikan
· Kesihatan
· Rekabentuk
· Business Process Outsourcing
2. Germany & Netherland · Automotif · Specialty Chemicals,
· Mesin dan peralatan
· Teknologi Hijau
· Bahan Pembinaan
· Aero Angkasa
· Logistik
3. Jepun & Korea · Elektrikal & elektronik · Automotif
· Mesin & Peralatan
· Perhotelan & Theme Park
· Pendidikan
· Perubatan & Kesihatan
· Farmaseutikal
· Produk Halal
4. China & Taiwan · Elektrikal & elektronik · Mesin & Peralatan
· Produk Halal
· Solar
· Logistk
-
Nyatakan projek-projek pelaburan di negeri Selangor yang menjadi fokus utama SSIC?
Antara fokus industri-industri yang digalakkan di Negeri Selangor adalah seperti berikut (dengan izin);-
- Industri Pembuatan
- Elektrikal & Elektronik
- Life Sciences Industry
- Industri Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)
- Mesin dan Peralatan
- Automotif
- Petrochemical & Polymer
- Industri Perkapalan dan Perkhidmatan Sokongan
- Aero Angkasa
- Produk Halal
- Industri Perkhidmatan
- Teknologi Maklumat
- Telekomunikasi
- Industri Perbankan
- Industri Perubatan & Kesihatan
- Pendidikan dan Kemahiran
- Perkhidmatan Pergudangan dan Logistik
- Perhotelan dan Pelancongan
- Perkhidmatan Pengedaran
- Regional Establishment
Projek – projek pelaburan yang menjadi fokus utama adalah projek pelaburan berasaskan Teknologi Tinggi (High Tech) atau, berasaskan pengetahuan (Knowledge Based), Teknologi Maklumat (IT), Industri Khusus (Specialised Industry), Pusat Operasi Serantau (Regional Operation Centre), Penyelidikan dan Pembangunan (R & D), Mesra Alam (Environmental Friendly) dan beberapa beberapa sektor lain.
- Industri Pembuatan