Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
125) SELANGOR STATE INFORMATION BUREAU (SSIB)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah cadangan penubuhan Biro Informasi Negeri Selangor dapat direalisasikan dalam masa terdekat dan apakah objektif utama Biro tersebut?
Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) telah menubuhkan Perbadanan Komunikasi Sdn. Bhd. (CCSB). Objektif CCSB ialah bagi menyebarluaskan maklumat dasar-dasar Kerajaan Negeri Selangor kepada setiap golongan masyarakat sama ada menerusi TV Internet, Internet, akhbar mahupun ejen-ejen penerangan.
-
Sila huraikan bagaimanakah prestasi penyebaran maklumat dan dasar-dasar Kerajaan Negeri ke peringkat akar umbi sehingga setakat ini menerusi saluran yang sedia ada?
CCSB telah melancarkan TV Selangor, Selangor Kini Online dan meneruskan penerbitan Selangor Kini. Setakat ini sambutannya amat menggalakkan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan agar setiap pelosok masyarakat mendapat maklumat terkini.