Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
346) SELANGOR SOFT LANDING PROGRAMME
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah sasaran awal dan jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk melalui Selangor Soft Landing Programme setakat 2024?
Program Selangor Soft Landing Programme ini masih berstatus pilot projek untuk melihat keberkesanan dan penerimaan pihak pelabur terhadap pelaksanaan program ini. Diperingkat awal, Invest Selangor mensasarkan pelaburan berjumlah RM 350 juta. Sehingga kini, Invest Selangor telah berjaya membawa masuk nilai pelaburan berjumlah RM 274.8 juta melalui perlaksanaan program ini.