Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
256) SELANGOR SOFT LANDING PROGRAMME
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi Selangor Soft Landing Programme?
Jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi pelaksanaan Selangor Soft Landing Programme sehingga kini adalah sebanyak RM 3,300.00.
-
Berapakah jumlah pelabur yang telah melabur dari dalam dan luar negara?
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2024 sebanyak 362 projek – projek pelaburan telah diluluskan dalam sektor pembuatan / perkilangan dan perkhidmatan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 12,412,780,765 (RM 12.41 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM 8,974,444,851 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 3,438,335,914 daripada pelaburan asing. Sebanyak 8,361 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.
-
Berapakah nilai pelaburan mereka mengikut sektor?
Nilai pelaburan mengikut sektor seperti berikut;-
Sektor Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Pembuatan / Perkilangan 74 4,206 1,190,590,878 1,973,682,030 3,164,272,908 Perkhidmatan 288 4,155 7,783,853,973 1,464,653,884 9,248,507,858 Jumlah 362 8,361 8,974,444,851 3,438,335,914 12,412,780,765 Sumber : Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA)